Monday, April 6, 2009

penambahan mata pelajaran vokasional-menservis di SMK ASAJAYA

PENDAHLUAN
Menservis motosikal ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam kurukulum bersepadu sekolah menegah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran menservis enjin motosikal satu silinder dan dua silinder serta sistem lain dalam motosikal. Menservis motosikal adalah kesinambungan daripada mata pelajaran KEmahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Mata pelajaran ini merupakan satu usaha Kementerian pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri motosikal. Mereka mengamalkan sikap positif dan peka terhadap perkembangan teknologi pemotoran. dalam mata pelajaran ini, mumpraktikkan kerja menservis sistem enjin motosikal satu silinder dan dua silinder iaitu sistem pencucuhan, bahan api, pelinciran, penyejukan, penghidup, klac dan gear. Pelajar menguasai kemahiran penalaan enjin (tuning) dan mengesan kerosakan (diagnosis). Mereka juga menservis dan menyeggara roda, brek, sistem sterming, sistem gantungan, sistem penghantaran dans istem elektrik motosikal. Di samping itu, mereka mempraktikkan amalan mengurus tempat kerja, pelupusan sisa dan merekod stok peralatan, bahan dan alat ganti. Murid juga di dedahkkan dengan asas keusahawanan dan berkomunikasi secara berkesan serta mengamalkan langkah keselamatan, etika dan budaya kerja yang baik. Mata pelajaran ini di di rancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang motosikal. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi, murid boleh bekerja sebagai mekanik dalam industri motosikal atau menjalankan perniagaan sendiri.

MATLAMAT
Matlamat mata eplajaran menservis motosikal adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran menservis enjin, mensrvis dan menyenggara sistem-sistem motosikal dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja di industri pemotoran.

OBJEKTIF
Kurikulum menservis motosikal adalah untuk membolehkan pelajar:
> Menservis sistem enjin motosikal satu silinder dan dua silinder.
> Menservis sistem stering, gantungan, penghantaran, roda dan brek motosikal.
> Menservis sistem elektrik motosikal.
> Membuat kerja penyenggaraan berkala motosikal.
> Menyenggara alatan tangan dan mesin.
> Mengamalkan langkah keselelamatan dan etika kerja.
> Mengurus kerja dengan baik, merekod stok dan berkomunikasi dengan berkesan.
> Mengira kos dan menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.




RANGKA KONSEP MENSERVIS MOTOSIKAL

pengurusan tempat kerja: keselamatan, peralatan, servis manual dan katalog.
kemahiran asas menservis motosikal: bahagian dan kompenen, prinsip enjin, menggegas, mengimpal dan mengecat.
menservis enjin motosikal: enjin silinder 1 lejang, 2 lejang dan 4 lejang, sistem pencucuhan, sistem bahan api, sistem pelinciran, sistem penyejukan, sistem penghidup, sistem gear dan klac.
menservis dan
menyenggara motosikal: roda, tayar, pacuan akhir, brek, gantungan, stereng, sistem elektrik, casis, dan penyenggaran berkala.
keusahawanan: kerjaya, perniagaan sendiri, tenaga kerja industri motosikal.




No comments:

Post a Comment