Saturday, December 5, 2009

facebook.

with facebook thru our blog SMK ASAJAYa






Monday, April 6, 2009

penambahan mata pelajaran vokasional-menservis di SMK ASAJAYA

PENDAHLUAN
Menservis motosikal ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam kurukulum bersepadu sekolah menegah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran menservis enjin motosikal satu silinder dan dua silinder serta sistem lain dalam motosikal. Menservis motosikal adalah kesinambungan daripada mata pelajaran KEmahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Mata pelajaran ini merupakan satu usaha Kementerian pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri motosikal. Mereka mengamalkan sikap positif dan peka terhadap perkembangan teknologi pemotoran. dalam mata pelajaran ini, mumpraktikkan kerja menservis sistem enjin motosikal satu silinder dan dua silinder iaitu sistem pencucuhan, bahan api, pelinciran, penyejukan, penghidup, klac dan gear. Pelajar menguasai kemahiran penalaan enjin (tuning) dan mengesan kerosakan (diagnosis). Mereka juga menservis dan menyeggara roda, brek, sistem sterming, sistem gantungan, sistem penghantaran dans istem elektrik motosikal. Di samping itu, mereka mempraktikkan amalan mengurus tempat kerja, pelupusan sisa dan merekod stok peralatan, bahan dan alat ganti. Murid juga di dedahkkan dengan asas keusahawanan dan berkomunikasi secara berkesan serta mengamalkan langkah keselamatan, etika dan budaya kerja yang baik. Mata pelajaran ini di di rancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang motosikal. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi, murid boleh bekerja sebagai mekanik dalam industri motosikal atau menjalankan perniagaan sendiri.

MATLAMAT
Matlamat mata eplajaran menservis motosikal adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran menservis enjin, mensrvis dan menyenggara sistem-sistem motosikal dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja di industri pemotoran.

OBJEKTIF
Kurikulum menservis motosikal adalah untuk membolehkan pelajar:
> Menservis sistem enjin motosikal satu silinder dan dua silinder.
> Menservis sistem stering, gantungan, penghantaran, roda dan brek motosikal.
> Menservis sistem elektrik motosikal.
> Membuat kerja penyenggaraan berkala motosikal.
> Menyenggara alatan tangan dan mesin.
> Mengamalkan langkah keselelamatan dan etika kerja.
> Mengurus kerja dengan baik, merekod stok dan berkomunikasi dengan berkesan.
> Mengira kos dan menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.




RANGKA KONSEP MENSERVIS MOTOSIKAL

pengurusan tempat kerja: keselamatan, peralatan, servis manual dan katalog.
kemahiran asas menservis motosikal: bahagian dan kompenen, prinsip enjin, menggegas, mengimpal dan mengecat.
menservis enjin motosikal: enjin silinder 1 lejang, 2 lejang dan 4 lejang, sistem pencucuhan, sistem bahan api, sistem pelinciran, sistem penyejukan, sistem penghidup, sistem gear dan klac.
menservis dan
menyenggara motosikal: roda, tayar, pacuan akhir, brek, gantungan, stereng, sistem elektrik, casis, dan penyenggaran berkala.
keusahawanan: kerjaya, perniagaan sendiri, tenaga kerja industri motosikal.




Wednesday, April 1, 2009

Pengenalan tentang smk asajaya pada pandangan seorang pelajar!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. :)
S.M.K ASAJAYA merupakan sebuah institusi pendidikan yang menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan belia sekitar kawasan asajaya. S.M.K ASAJAYA kini banyak melahirkan masyrakat berjaya yang dapat membantu negara dalam meningkatkan perkembangan negara kita secara amnya. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah dapat membantu pelajar dalam mencari ilmu pengetahuan sekaligus merapatkan jurang antara sekolah di luar bandar dan sekolah bandar.


SEJARAH PENUBUHAN SMK ASAJAYA
Berasaskan maklumat yang diperoleh secara lisan, projek pembinaan sekolah ini telah bermula pada tahun 1997. Menurut perancangan awal,sekolah ini sepatutnya dibina di sekitar kampung sebandi dan kampung sambir. Sebab itulah sesiapa yang berkesempatan melawat sekolah ini pada awal pembukaannya akan melihat papan tanda di pintu masuk sekolah yang tertera nama SMK Sebandi / Asajaya. Selain faktor pengangkutan, kesukaran untuk mendapatkan tanah bagi tapak bangunan di kawasan tersebut telah menyebabkan pembinaan sekolah ini dipindah ke lokasi yang lebih strategik sebagai jalan keluar daripada kemelut tersebut. Oleh sebab sistem perhubungan dan pengangkutan pada masa itu hanyalah melalui sungai, asajaya didapati lebih mudah untuk dihubungi kerana sungainya agak luas dan dalam untuk dimudiki oleh kapal yang membawa bahan binaan. Tanah kerajaan yang telah "diladangkan" oleh penduduk tempatan di Asajaya seluas 31.8 ekar telah di kenalpasti sebagai tapak yang sesuai seperti yang ada sekarang. Bersesuaian dengan kedudukannya di Asajaya, maka sekolah ini telah dinamakan dengan rasminya SMK ASAJAYA. Daerah Asajaya dan Sadong Jaya serta kampung-kampung sekitarnya hanya dapat dihubungi dengan pengangkutan darat dengan terbinanya rangkain jalan raya yang siap sepenuhnya sekitar awal tahun 1999.
SMK ASAJAYA mula dibuka untuk pengambilan pertama bagi kemasukan seramai 300 orang pelajar ke tingkatan satu pada sesi 1989/90. Semua pelajar dan dekat ditempatkan di asrama sepenuhnya. Pengetua pertama yang menerajui SMK ASAJAYA pada tahun tersebut ialah Encik haris fadzillah dan di bantu oleh cikgu yusuf bin omar sebagai PK Pentadbiran, cikgu suut bin adenan sebagai PK HEM dan cikgu zainal satun selaku PK Kokurikulum. Hari-hari terawal persekolahan, proses pengajaran dan pembelajaran untuk sepuluh bvah kelas telah disandarkan kepada 11 orang guru termasuk pengetua dan dua orang penolong kanan dalaman. Kakitangan sokongan terdiri daripada seorang kerani, dua orang pembantu makmal, empat orang tukang masak,seorang penyelia asrama dan dua orang tukang kebun. Sistem dan sukatan pelajaran serta budaya sekolah menengah merupakan cabaran baru bagi anak didik ketika itu. Namun komitmen serta pemikiran positif seluruh kakitangan sekolah yang bergerak seiring pada masa itu telah berjaya menjana serta mencerna minda warga pelajar dalam menghadapi proses peralihan tersebut. SMK ASAJAYA telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Ketua menteri sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud pada 21 ogos 1993.
Hari ini, SMK ASAJAYA sekurang-kurangnya mampu berdiri sama tinggi dalam memberi saingan kepada sekolah-sekolah lain sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Sesungguhnya kecanggihan cabaran alaf baru hari ini menuntut masyarakat warga sekolah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada sebagai wadah untuk terus bersaing di persada globalisasi.






LOGO SEKOLAH MAKSUD DI SEBALIK WARMA DAN LAKARAN LOGO
WARNA BIRU
lambang keharmonian,perpaduan dan kerjasama serta saling hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah.
WARNA MERAH
lambang keberanian dan ketabahan dalam menghadapi cabaran serta sentiasa mempertahankan imej sekolah,agama,bangsa dan negara.
WARNA KUNING
lambang kesetian kepada raja dan negara serta sentiasa menjunjung perlembagaan negara.
BENTUK LOGO YANG BULAT
melambangkan kemuafakatan berasaskan ungkapan "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".
ALUNAN OMBAK
melambangkan latar belakang daerah kecil asajaya yang terletak di kawasan pesisiran pantai serta kehidupan masyrakatnya yang sinonim dengan laut sebagai sumber rezeki.
MATA PENA
melambangkan sekolah sebagai institusi yang sentiasa menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warganya.
TIGA BULATAN (bertautan)
melambangkan penglibatan yang erat dan seimbang dalam bidan kurikulum dan kokurikulum demi mencapai kesejahteraan diri,masyrakat dan negara.
TANGKAL PADI
melambangkan bahawa pertanian adalah merupakan sumber ekonomi utama masyrakat asajaya dan latar belakang pelajarnya adalah daripada keluarga petani.



COGAN KATA "BERAZAM BERUSAHA BERJAYA"

BERAZAM

melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita tinggi untuk memajukan,masyrakat dan negara dalam apa jua bidang yang diceburi.
BERUSAHA
:keazaman yang tinggi mestilah disertai dengan usaha gigih untuk mencapai matlamat berdasarkan ilmu dan kemahiran yang sentiasa dipertingkat.
BERJAYA
:
kejayaan akhirnya akan tercapai apabila adanya keazaman yang kuat serta usaha gigih yang tak kenal erti kegagalan.


VISI SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASAJAYA
CEMERLANG 2010 / SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASAJAYA EXCEL IN 2010


MISI SEKOLAH
menyediakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik,kurikulum, sahsiah, kerohanian, jasmani serta perhubungan kemasyrakatan.


OBJEKTIF:
¡) Pretasi dalam PMR, SPM dan STPM sentiasa melebihi pretasi peringkat negeri dan kebangsaan.
¡¡) Penyertaan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum cemerlang.
111) semua pelajar berakhlak mulia.
1v) persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria dan selamat.



FALSAFAH SEKOLAH
pendidikan ke arah melahirkan individu pelajar yang berakhlak mulia berbudi bahasa,berilmu, berketrampilan serta memiliki kemahiran-kemahiran yang sesuai untuk memenuhi keperluan semasa. pelajar yang kuat untuk menangani tekanan dan perubahan-perubahan ke arah kemajuan selaras dengan ajaran agama yang dianuti masing-masing.


PIAGAM PELANGGAN
seluruh staf SMK ASAJAYA berjanji menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan untuk:
Menyediakan pendidikan berkualiti untuk pembelajaran dan bimbingan yang berkesan.
Mengoptimumkan pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
Mengembangkan potesi pelajar secara menyeluruh dan seimbang.
Menjalinkan hubungan mesra dan harmonis dalam kalangan warga sekolah dan masyrakat.
Menyediakan perkhidmatan yang sopan,cekap dan mesra.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria.
Menyediakan prasarana pendidikan terbaik ke arah melonjakkan kecermelangan sekolah.











LAGU PUTRA PUTRI ASAJAYA

kamilah putra putri di SMK ASAJAYA,
berazam berusaha berjaya sebagai cogan kata
kami pewaris negara,

harapan di hari muka,
berikrar mempertahan maruah bangsa
walau gugur binasa
di SMK ASAJAYAlah kami
mengahadap guru tanpa jemu
menimba ilmu menyediakan diri
untuk hidup bagai insan yang murni

berbudaya ilmu bersukan

beramal dan berbakti beretika
begitu indahnya amalan mulia
semoga tuhan memberkati sentiasa.